Tuesday, October 28, 2008

3 PERKARA YANG DSN HARUS AMBIL PERHATIAN

Gabungan Kepimpinan Senior dan Junior.

Perlu dilaksanakan segera kerana pemimpin tua “bijak” manakala pemimpin muda “agresif”. Gabungan kedua – duanya akan membawa perubahan baru yang lebih baik (tanpa KJ).

Kuatkan Semula Ekonomi

Bina kembali jambatan Johor yang telah dibatalkan. Ianya akan membawa satu aliran bekalan darah yang baru kepada Negara. Projek koridor harus di hentikan sementara bagi menilai impak dan keberkesanannya pada ekonomi Negara.

Tiada Lagi Islam Hadhari

Kembali kepada agama ALLAH yang satu. Tidak perlu lagi penekanan kepada Islam Hadhari kerana ianya akan memberikan satu persepsi yang memeningkan walaupun sekarang ini memang telah pening.Perjuangan UMNO harus kembali kepada “Fisabilillah” dan kerana ALLAH dan bukan kepentingan sendiri.