Wednesday, December 17, 2008

Jambatan Oh Jambatan

Salam perjuangan buat semua pembaca.
Hari ini sekali lagi isu jambatan bengkok dibangkitkan. Kali ini Dato Mukhris pula menyokong cadangan Pemuda UMNO Johor agar pembinaan Jambatan Bengkok dikaji semula oleh kerajaan. Alhamdulillah akhirna doa rakyat Johor agar Jambatan Bengkok di Tambak mendapat semula perhatian kerajaan.
Persoalannya sekarang sejauh mana isu ini akan diberi perhatian oleh kerajaan. Adakah pembinaan Jambatan Bengkok ini akan menjadi kenyataan atau sekadar hangat-hangat taik ayam sahaja atau sekadar menjadikan modal untuk berkempen sahaja.
Buat Dato' Seri Najib, rakyat Johor tidak pernah sesekali membantah mengenai pembinaan Jambatan tersebut malah menyokong penuh agar projek Jambatan ini dapat diteruskan. Semoga impian rakyat Johor untuk melihat pantai Lido dan Stulang cantik akan tercapai.Kami cuma tidak mahu pasir kami dan ruang udara kami digunakan oleh pihak luar dengan sewenang-wenangnya.
Semoga perjuangan rakyat Johor selama ini untuk melihat Jambatan Bengkok tercapai.
Wasalam
www.anakmelayujohor.blogspot.com