Monday, November 10, 2008

Berfikir Sebelum Membuat Keputusan

SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA…

Tahniah kepada semua yang layak bertanding di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 24hb hingga 28hb 2009. Seperti yang kita semua harapkan agar pertandingan kali ini dapat melahirkan pemimpin yang dapat mengubah nasib UMNO yang kini seperti telur di hujung tanduk. Kepada perwakilan-perwakilan yang telah terpilih, diharap dapat memilih kepimpinan yang sememangnya berkaliber dan bertanggungjawab.

Untuk tatapan pembaca di sini saya ingin memberi beberapa pendapat dan pandangan supaya mungkin boleh dijadikan petunjuk semasa pemilihan tahun hadapan.

Setelah mengkaji dan meneliti selama beberap minggu ini mengenai pmilihan UMNO tahun hadapan terutamanya perebutan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Persoalan saya kini adalah apakan berlaku jika Tan Sri Muhyiddin tewas untuk merebut jawatan Timbalan Persiden UMNO?

Jawapan senang samada Dato Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Taib yang aka menjadi Timbalan Presiden UMNO yang baru.

Apa kesannya pada UMNO?

Kesan yang paling ketara ialah siapa yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas ini. Sudah pasti kedua-dua calon iaitu Dato Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Taib tidak mungkin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka bukan merupakan Ahli Parlimen.

Maka untuk memastikan mereka menjadi Timbalan Perdana Menteri kerajaan terpaksa mengadakan Pilihanraya Kecil semata-mata untuk kepentingan mereka. Dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mengadakan Pilihanraya Kecil untuk memastikan kepentingan mereka tercapai.

Jika ini berlaku sudah pastikah yang Barisan Nasional akan menang? Kalau kalah kena cari lagi kawasan baru. Begitulah seterusnya sampai mereka menang.

Itu baru kesan pertama yang kita boleh lihat. Banyak lagi kesan-kesan ke atas UMNO jika salah seorang dari mereka menang. Saya akan huraikan lagi kesan-kesan yang lain pada artikel akan dating.

Selamat Berjuang!!!!!!!


www.anakmelayujohor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.