Wednesday, November 19, 2008

Tepuk Dada Tanya Akar Umbi

Salam buat semua pembaca.

Debaran untuk memilih kepimpinan tertinggi UMNO semakin terasa. Pelbagai cara dan tektik digunakan untuk memancing undi. Ada yang sihat ada yang tak sihat. Jentera-jentera sudah mula menjalankan tugas mereka untuk memastikan calon mreka menang. Tetapi kehangatan berkempen bagi sayap Pemuda agak kurang terasa. Mungkin kerana ketiga-tiga calon Ketua Pemuda bersama jenteranya sudah terlalu penat berkempen untuk mendapatkan pencalonan.

Akhirnya setelah semua mesyuarat pemuda bahagian tamat kita boleh lihat bahawa pertandingan kali ini begitu sengit.Buat ketiga-tiga calon yang akan bertanding, saya harapkan agar sentiasa memberi komitmen walaupun menang atau kalah.

Buat DMM saya sememangnya berharap agar DMM dapat mengubah dan membawa Pemuda ke era yang lebih dinamik dan teratur sekiranya menang.

Buat DKT sekiranya menang ubah lah sikap menghina orang lain dan kurangkan ego Dato'. Sesungguhnya kekalahan yang memalukan UMNO Selangor pada PRU12 lepas sebagai kayu pengukur yang kita tidak selalu di atas.

Buat KJ kalau menang jangan tunaikan janji jangan jadi NATO ( No Action Talk Only). Hebat bercakap bukan bererti hebat memimpin. Buktikan ada hebat jika ditakdirkan menang. Bertanding dengan sihat?!!!!!!

Dan buat semua perwakilan jalankan Amanah yang diberikan kepad anda oleh ahli-ahli akar umbi.Tepuk dada tanya iman.

www.anakmelayujohor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.