Wednesday, November 12, 2008

Siapa Paling Layak (1)

Salam Perjuangan sekali lagi buat semua.

Mesyuarat Bahagian telah pun selesai. Kini hanya tinggal 5 bahagian sahaja yang belum selesai mengadakan mesyuarat selebihnya telah selesai dan telah mencalonkan menikut kehendak bahagian masing-masing.

Saya masih lagi tertarik untuk menulis tentang jawatan Timbalan Presiden yang untuk julung kalinya berentap 3 penjuru. Tan Sri Muhyiddin ( TSMY), Tan Sri Muhammad Taib ( TSMT) dan Dato Ali Rustam (DAR).

Seperti dlm artikel saya sebelum ini pembaca sudah dapat menilai secara asasnya tentang kelayakan setiap seorang dari mereka.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Saya rasa boleh dikatakan semua orang samada ahli UMNO mahupun rakyat Malaysia tahu bahawa TSMY sememangnya yang paling layak untuk memegang jawatan Timbalan Presiden. Saya yakin 100% kedua-dua pencabar TSMY pun tahu bahawa TSMY sebenarnya yang paling layak, tetapi disebabkan atas dasar demokrasi kononnya mereka menawarkan diri walaupun tahu keupayaan sebenar mereka. TSMY hanya akan bersuara bila perlu dan tidak suka menokok nambah cerita.

Baru-baru ini saya ada mengikut satu jemputan dimana TSMY ada di dalam majlis tersebut. Semasa pihak wartawan bertanya kepada TSMY mengapa beliau cuba menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan dengan selambab TSMY menjawab yang beliau tidak pernah memberi tekan untuk Pak Lah melepaskan jawatan tetapi beliau hanya mahu Mesyuarat Agung UMNO dipercepatkan mengikut jadual asal. Tentang soal peralihan kuasa beliau tidak pernah minta dipercepatkan.

Tan Sri Muhammad Taib

Tidak dinafikan ketokohan TSMT memang terserah semasa menjadi Menteri Besar Selangor. Saya sendiri kagum dengan keupayaan dan kebolehan TSMT mentadbir negeri Selangor di zaman pemerintahannya. Persoalan yang ingin saya ajukan kepada pembaca ialah adakah kita yakin bahawa TSMT boleh membantu DSN selaku Perdana Menteri untuk menghadapi persaingan dunia yang semakin mencabar. Terdapat beberapa kelemahan yang dimiliki oleh TSMT contohnya kurang mesra dengan wakil-wakil negara luar, kurang peka dan kurang bersedia untuk menangkis tuduhan-tuduhan apabila ditekan dan sebagainya. apa yang paling penting TSMT itu sendiri kurang diterima oleh rakyat Malaysia kerana kurang memainkan peranan dalam merancang serta memajukan bangsa Melatu di Malaysia. Kebanyakan tugas yang TSMT lakukan hanyalah menunggu arahan tanpa banyak memberi pandangan dan pendapat setiap kali Mesyuarat Majlis tertinggi. TSMT seolah-olah menjadi pak turut sahaja setiap kali Mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan. Satu lagi kelemahan yang ketara ialah TSMT sendiri sebenar kurang pengalaman dari segi cara Pemerintahan Negara. Yang menjadi persoalan kini mengapa tiba-tiba TSMT berminat menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sedangkan beliau sendiri sedar bahawa keupayaan dan pengalaman yang beliau ada tidak cukup untuk melayakakan beliau untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO contohny kurang mahir bebahasa Inggeris, kurang mesra dengan palbur-pelabur luar, kurang yakin untuk membuat keputusan, tidak konsisten dan pendirian mudah berubah setiap kali ditekan dan sebagainya.

Dato Ali Rustam

Saya sebenar pernah beberapa kali bertemu dengan DAR pada tahun 2001-2004 tetapi disebabkan beberapa perkara diluar kehendakan saya berhenti berjumpa dengan beliau selepas Mesyuarat Agung UMNO 2004 dimana DAR memenangi jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun tersebut.

Tidak banyak yang saya boleh menulis tentang beliau tetapi cukup untuk saya katakan bahawa DAR sememang belum bukan tidak tapi belum layak lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Banyak kelemahan -kelemaham yang harus DAR perbaiki sebelum bersedia untuk menawarkan diri unutuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNo.
Banyak kelemahan yang ketara dapat dilihat kini di Melaka. Satu isu yang sehingga kini masih lagi menjadi persoalan saya ialah :

Apa sudah jadi dengan Isu Babi di Pengkalan Balak?

Saya berada disana semasa operasi untuk membunuh babi hendak dijalankan tahun lepas. Selepas operasi tersebut gagal saya bertanya kepada salah seorang pegawai operasi,bagaiman operasi tersebut bole gagal? Jawapan yang diberikan begitu mudah iaitu " Kami tidak mendapat arahan dari Pihak atasan." Apabila saya tanya dimana perginya pihak atasan jawapan yang saya terima Mereka Ke luar negar semalam. Isu babi di Pengkalan Balak sudah menjangkau 51 tahun Kehidupan org Melayu disana amat tertekan.. Persoalan saya dimana pemimpin negeri? Inkah yang dikatakan memperjuangankan Bangsa Melayu. Sehingga saya menulis artikel ini tiada sebarang tindakan diambil ke atas pengusaha-pengusaha babi di sana.

Mengapa DAR menawarkan diri utk bertanding sebaik sahaja beliau berjumpa dengan Pak Lah, sedangkan ketika itu Pak Lah belum umukan untuk melepaskan jawatannya. Orang lain yang berani memberi tekanan orang lain yang tiba-tiba nak jawata. Untuk DAR sedar-sedar ler diri, anda bukan tak layak jadi Timbalan Presiden tapi denganapa yang anda lakukan ke atas bangsa Melayu sekarang anda masih belum layak.

Fikir-fikirkan Lah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.