Thursday, November 13, 2008

Sedarlah Wahai Bangsaku

Salam Perjuangan Buat Semua Pembaca.



Pagi ini semasa saya bersarapan di Shah Alam sempat saya berborak dengan seorang kenalan yang sudah hampir 5 tahun tak jumpa. Seperti biasa topik yang paling hangat masa kini iaitu pemilihan UMNO kami perdebatkan. Untuk pengetahuan semua sahabat saya ini merupakan salah seorang yang aktif dan memegang jawatan yang agak tinggi dalan PAS.



Setelah berbual beberapa ketika sahabat saya mula bertanya saya satu soalan yang agak general tp sukar juga utk dijawab. Soalan nya berbunyi :



Sebenarnya apa dah jadi dengan Parti Keramat kau?

Saya tak menjawab malah saya bertanya semula kepada beliau apa maksud soalan tersebut. Dengan pantas dia menjawab yang dia hairan macaman orang-orang UMNO yang kononnya pandai dan maju tak tahu menilai yang mana kaca dan mana berlian. Beliau terus menyambung dan menyebut beberapa nama seperti KJ, Rezaal Merican, Tan Sri Noh Yaakob, Dato Azeez dan beberapa lagi yang agak rapat dengan Pak Lah. Satu penjelasan yang agak menarik yang diberikan oleh beliau ialah dimana beliau mempertikaikan siapa sebenarnya KJ. dalam masa tak sampai 5 tahun sudah bergelar jutawan++.

Yang menghairankan beliau lagi ialah macaman Pak Lah tak sedar yang menantu dia tu sebenarnya mempergunakan dia untuk mendapat kuasa. Satu lagi senario yang boleh dilihat sekarang ialah Pak Lah atau KJ dah letakkan semua orang2 dia di semua jawatan tertinggi kecuali Presiden sampaikan jawatan tertinggi Puteri pun Bini Rezal nak bertanding. Lagi satu dia pertikaikan ialah tentang kemudahan yang diperolehi oleh KJ padahal Kj hanya memegang jawatan Naib Ketua Pemuda sahaja tetapi kemudahan yang diperolehi seperti beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia.



Saya tak menjawab tetapi diakhir perbualan kami saya sempat mengucapkan terima kasih kpd saya kerana walaupun beliau merupakan orang PAS tetapi masih mengambil tahu tentang UMNO dan dalam hati saya terdetik berkata HEBATNYA KJ NIE SAMPAI ORANG YANG BUKAN ORANG UMNO PUN TAHU APA YANG DIA DAH BUAT ASALAKAN KEPENTINGAN DIRI TERCAPAI



Yang hairan walaupun dah bermacam bukti telah ditunjukkan tetapi masih ada segelintir pemuda UMNO menyanjung KJ sebagai Pemimpin yang hebat. Sedarlar wahai Pemuda UMNO pilih ler Pemuda yang hebat berkerja untuk bangsa kita bukannya yang hanya hebat berkata-kata tentang perjuangan tetapi tidak tahu buat kerja.

Jangan jadi seperti NATO ( No Action Talk Only)



Sekian wasalam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.