Thursday, November 20, 2008

Salam Perjuangan Buat semua.

Salam takziah pula saya tujukan pada penduduk-penduduk di pengkalan balak kerana hingga ke saat ini masih belum ada tindakan diambil ke atas pengusaha-pengusaha babi haram terutamanya di Paya Mengkuang..

Saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai pekara ini kerana saya berasa kelembutan yang selama ini ditunjukan oleh penduduk di sana khususnya telah dicabar.Semalam saya ada menerima panggilan telefon dari sahabat saya yang menetap di Paya Mengkuang. Dengan nada sedih beliau menceritakan entang peristiwa yang berlaku minggu lepas dimana kepala babi telah digantung didepan rumah orang kuat yang memina babi-babi haram ini dihapuskan.

Apa sudah jadi ? Perjuangan mereka selama 51 tahun masih tidak diendah oleh kerajaan negeri terutamanya. Saya betul-betul merayu kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan segera di ambil untuk menyelesaikan masalah ini.Buat Pemuda UMNO bangkitlah danmarilah kita bersama-sama membantu dari sudut manapun untuk memastikan perjuangan orang-orang melayu terutamanya di sana membuahkan hasil.

Inilah masanya kita bersatu an lupaan sementara perebutan untuk memegang jawatan dan tumpukan serta berilah sokongan padu untuk penduduk melayu di sana.Inilah masanya untuk kita buktikan bahawa melayu masih kuat.

Fikir-fikirkan lah semua.

wasalam

www.anakmelayujohor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.